Sejarah Sekolah

SEJARAH SEKOLAH

 

SMK SERI PERLING, JOHOR BAHRU mula beroperasi sejak 1 Januari 1995 yang hanya menjadi sekolah cawangan SMK Seri Rahmat. Selama dua tahun, sekolah ini ditumpangkan di Sekolah Kebangsaan Seri Perling (2) bagi sesi petang sahaja. SMK Seri Perling dibina di atas Lot 36625 dengan keluasan 9.72 ekar.

            Pada 5 Januari 1995, 560 orang pelajar telah mendaftar iaitu bagi tingkatan peralihan, 1 dan 2. Seramai 19 orang guru dari SMK Seri Rahmat ditempatkan di sekolah ini dengan diketuai oleh seorang penyelia.

            Pada 1 Januari 1997 bermulanya sesi persekolahan di tapak sekarang dengan penambahan tingkatan 4 sastera. SMK Seri Perling dipimpin oleh pengetua yang pertama iaitu Tuan Haji Muhd. Amin bin Anis dan dibantu oleh 25 orang guru. Pada tahun 1997, beberapa perkara penting telah dicatatkan dalam sejarah sekolah iaitu Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan buat julung kalinya. Majalah sekolah yang bernama ‘Dinamik’ juga telah dapat diterbitkan pada tahun yang sama. Dewan sekolah pula telah diberi jolokan nama “IBNU SINA”. Sukan tahunan yang pertama turut diadakan pada tahun 1997.

            Pada tahun 1998, aliran Sains telah  dapat diwujudkan. Pada 3 Januari 2001, Puan Hajah Rahmah binti Muhamad telah dilantik sebagai pengetua baru. Pada April  2001, Koperasi SMKSP mula beroperasi.

            Pada Jun 2002, SMKSP telah dinaik tarafkan sebagai Sekolah Menengah Gred A. 4 orang Guru Kanan Mata Pelajaran telah dilantik. Pada tahun 2003, SMKSP telah menerima Anugerah Peningkatan Prestasi SPM 2002 dan tahun pertama mempunyai keluaran pelajar MPV Landskap dan Perabot SPM. Pada 29 Julai 2003, satu rombongan KPPM telah melawat SMKSP untuk meninjau  pelaksanaan MPV.

            Pada November 2004, SMKSP telah berjaya melangkah ke era digital setelah siapnya makmal komputer sekolah. Makmal ini mengandungi 2 bilik dengan jumlah 40 buah komputer. Pada Mac 2005, surau SMKSP telah mula dibina dan telah digunakan secara rasminya pada Jun 2006. Surau SMKSP adalah hasil kerjasama pihak sekolah dan PIBG yang berusaha mengumpul dana daripada warga SMKSP sejak tahun 1999 sehingga 2008. Pada Januari 2008, kelas-kelas Rancangan Khas telah dibuka. Pada 2008 juga pembinaan dua blok baru juga telah bermula. Pembinaan ini telah siap sepenuhnya pada 2010.

            Pada 25 November 2008, Pn Hjh Maimon bte Idris telah dilantik sebagai pengetua baru. SMKSP juga telah menerima beberapa anugerah. Pertama ialah Anugerah Hari Q, Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru 2008, bagi kategori Menengah. Sekolah telah diberi peruntukan sebanyak RM 20,000.00 untuk penyelenggaraan sekolah. Pencapaian PMR 2008 juga amat membanggakan. Sehubungan itu, SMKSP telah menerima tiga anugerah iaitu:

   -Anugerah Cemerlang PMR 2008, Pencapaian Terbaik SMK Harian Bandar.

   -Anugerah Cemerlang PMR 2008, Pencapaian Terbaik- Peratusan Cemerlang SMK Harian Bandar

   -Anugerah Cemerlang PMR 2008, Peningkatan Tertinggi Peratus  Cemerlang SMK Harian Bandar.

Sepanjang tahun 2009, pencapaian kokurikulum SMKSP sungguh menyerlah dan memberangsangkan. Pertandingan daripada unit beruniform, kelab serta sukan dan permainan yang disertai sama ada di peringkat MSSD, MSSJ hinggalah ke peringkat MSSM membawa beberapa kejayaan. Pencapaian utama yang menaikkan nama SMKSP ialah acara berbasikal Peringkat4

Antarabangsa 10th Asian Indoor Cycling Championship yang berlangsung di Hong Kong pada 11-12 Julai 2009, Amirul Safuan bin Abd. Rahman  (Ting. 3B2) merangkul Johan (Kategori L19). Pada 2-10 November 2009, sekali lagi Amirul Safuan bin Abd. Rahman bertanding di Kejohanan Berbasikal dalam Gelanggang Sedunia 2009 yang berlangsung di Tavira, Portugal dan mendapat tempat ke 17.

Manakala Teo Hsi Min (Ting. 1RK4) mewakili acara renang dimana di peringkat MSSD pada 21-22 Januari 2009, beliau merangkul Johan Keseluruhan L13 (13 pingat emas), peringkat MSSJ (20-22 Feb 2009) juga Johan Keseluruhan L13 (9 pingat emas, 5 perak dan 1 gangsa). Peringkat Kebangsaan di Temasya Sukan Mini Olimpik (3-8 Ogos 2009) yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, Teo Hsi Min mendapat tempat ke 9.

Skuasy diwakili oleh Mohd Azfar Bin Nordin (Ting.2RK1) Kategori L15, dari Peringkat MSSD (tempat ke 3), MSSJ (Naib Johan), MSSM (Penyertaan) hingga ke Kejohanan Skuasy Mohammad Azlan Iskandar Challenge Trophies di Sarawak Club, Kuching pada 24-26 April 2009. Silat pula berjaya mendapat tempat kedua Peringkat Negeri dalam kategori Ganda Putera dan Ganda Puteri dan tempat ketiga kategori olahraga.

            Pada tahun 2009, SMKSP telah terpilih oleh Syarikat Seagate International, untuk program Pembangunan Insan. Sekolah telah mendapat sumbangan sebanyak RM 28,000.00 untuk program-program seperti pameran Matematik dan Sains, Mini Cybercafe di Perpustakaan, pertandingan robotik serta peralatan untuk pertandingan fotografi.

            Pada tahun 2010, Surau SMK Seri Perling telah berjaya menjadi Johan Pertandingan Surau Al-Hakim Peringkat Negeri Johor.

            Pencapaian kokurikulum pada tahun 2010 juga membanggakan . Pasukan St. John Ambulans telah berjaya di peringkat Kebangsaan sebagai Johan Keseluruhan Pertandingan Pasukan Ambulans Dewasa. Johan Kes Pendek Ambulans Dewasa dan Kes Panjang Ambulans Dewasa. Pasukan ini juga berjaya merangkul Naib Johan Pemeriksaan Pakaian Seragam dan Kawad Kaki.

            Pasukan silat juga telah berjaya mendapat tempat ke 4 peringkat Kebangsaan dalam Kejohanan Pencak Silat Sukan Terengganu ’SUTERA III’ 2010.

            Renang pula mendapat Johan Keseluruhan L 15 dalam Kejohanan Renang MSSJ dengan 8 emas 2 gangsa manakala Johan L 18 dengan 2 emas dan Johan Keseluruhan . L 15 MSSD dengan 13 emas dan 1 perak. Johan L 18 dengan 4 emas dan 1 perak.

            Golf berjaya ke peringkat Kebangsaan di tempat ke-13 yang diwakili oleh Muhammad Rabbani Bin Md Hassan. Sebelum itu pasukan Golf menjadi Johan peringkat Daerah dan Naib Johan peringkat Negeri.

            Skuasy menjadi Johan kategori L 18 MSSD yang diadakan di Gelanggang Skuasy Taman Ungku Tun Aminah.

            Pasukan Ping Pong juga menjadi Johan MSSD L 18 manakala Kejohanan Olahraga Balapan dan Padang kali ke-43, kita mendapat 2 emas, 5 perak dan 4 gangsa.

            Kelab Kebudayaan Sekolah juga telah terpilih memeriahkan upacara Perasmian Pembukaan dan Penutup MSSM (tarian) yang diadakan di Stadium Larkin pada 18 Mei dan 21 Mei 2010.

            Pada tahun 2010  juga 2 orang pelajar kita telah mengikuti Program Peengantarabangsaan Johor Bahru Student Leaders ke Brunei. Mereka ialah Hoo Jiong Sheng (4S3) dan Syairazi Zharfan B. Zainul Hakim (4S1). Mereka bersama 60 orang pelajar (28 sekolah menengah dan 32 sekolah rendah) selama 6 hari

5

 ( 4 Oktober – 9 Oktober).

Pada tahun ini juga 2 orang pelajar kita telah mengikuti Program Peengantarabangsaan Johor Bahru Student Leaders ke Brunei. Mereka ialah Hoo Jiong Sheng (4S3) dan Syairazi Zharfan B. Zainul Hakim (4S1). Mereka bersama 60 orang pelajar (28 sekolah menengah dan 32 sekolah rendah) selama 6 hari ( 4 Oktober – 9 Oktober).

Tahun 2011 mencatat sejarah di mana sekolah ini di anugerahkan :

(a)    Pencapaian Terbaik Peningkatan GPMP Fizik SPM 2011

(b)   Pengarah Cemerlang SPM capai ETR peratus cemerlang. Mencapai ETR GPS.

Dalam peperiksaan PMR tahun 2011 pula, sekolah dianugerahkan:

(a)    Mencapai ETR peratus cemerlang. Mencapai ETR GPS.

(b)   Pencapaian terbaik % cemerlang SMK Harian. Calon melebihi 300 orang.

Dalam arena kokurikulum pula, sekolah telah menjadi Johan Pertandingan Teater Bahas Bahasa Inggeris Negeri Johor dan mewakili Negeri Johor ke peringkat kebangsaan, Kelab Kesenian memenangi Pertandingan Mural Anjuran Plus Peringkat Kebangsaan mendapat Tempat Ke-9(RM 5000),Teo Hsi Min mendapat 2 emas,1 perak dan 3 gangsa dalam pertandingan Renang peringkat Negeri,Regine Moh Jia Wei mengikuti Kem Pemimpin Pelajar Negeri Johor 2011 Saringan Pertama.

Tahun 2012 ,sekali lagi Pasukan St John Ambulans yang diwakili oleh Chew Sau Yang,Wong Zi Ning,Ng Yik Kai,Izzxan Tanpinarizza dan Liow Shan Yi menjadi Johan Kebangsaan Pertandingan Pertolongan Cemas&Perawatan,Dalam acara renang Lee Huai en mendapat 1 emas 9 perak peringkat MSSD dan 7 gangsa dalam peringkat MSSJ,Ping Pong pula Lim Cuei Sheng menjadi johan MSSJ dan mewakili Negeri johor ke perin gkat kebangsaan di Sabah,Dalam acara Olahraga pula,Alex Kumar a/l Rames mendapat emas acara 3000 meter,Manakala dalam Olahraga Piala Menteri Pelajaran,SMKSP menjadi johan keseluruhan olahraga Lelaki dan Perempuan peringkat Daerah,menjadi Johan Lelaki keseluruhan peringkat Negeri dan mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan,dalam acara badminton,Kaw Meng wei menjadi johan MSSD,MSSJ dan tempat ke-3 MSSM.

Selain itu, SMK Seri Perling juga menerima Anugerah Cemerlang Sekolah Harian Terbaik kategori melebihi 400 orang calon dengan pencapaian GPS 2.29. Seorang pelajar Pendidikan Khas iaitu Jack Hii dinobatkan sebagai pelajar terbaik Pendidikan Khas Negeri Johor dalam Peperiksaan PMR 2012.

Leave a comment